As the days go by, I get more apprehensive at the news that greets me daily. Shaking my head in disbelief, at some of the nonsensical antics disguised as news, I sometimes ask myself “What has become of this nation.” Not a day goes by, without someone coming up with a ridiculous claim that shatters the Malaysian dream.
There seems to be a lot of hate mongering, from certain segments of society directed at the non-Muslims in this country. The Government has stepped aside, refusing to intervene. Their excuse - Free Speech - is the new stand announced by Law Minister Nazri Aziz.
Many Ibrahim Ali wannabes have emerged echoing the same anti-Chinese and anti-Indian messages. Using Religion as the rallying force they are now branding other citizens as non-Muslims, out to subvert the political power of the Muslims in this country. Nakhaie Ahmad and Kazim Elias are some of those who have made their stand lately. Muslim Convert Ridhuan Tee is also part of this pack, which has made sweeping statements reprimanding non-Muslims and reminding them not to go overboard in their demands.
Religious war delared on the Chinese and Indians
The rallying cry these days seems to be to call on Muslims to be alert for a possible threat to their faith and their way of life. It may be the tip of an iceberg, but reports are surfacing that religious Clerics are being roped in to echo this sinister message of Hate in many parts of the country.
If there is any truth in their allegations, even I as a Muslim will take necessary action to defend against any invaders of Islam. However, this ridiculous message seems to smell like a poorly hatched plot by desperados out to defend their power. Anyone with any sense can see through these ludicrous claims, and I am saddened that there are Muslims out there who are still willing to use the religious card to rouse and trick the Muslims into believing such a tall tale.
The real enemy of the Muslims is the unabated corruption in this country committed in the name of Religion. It is the unfair policies that divide the races, the monopoly of power held by the government which they abuse to rule without rules, and the injustice committed against the citizenry.
Many Muslims are blind to the devious machinations of the ruling elite who continue to deceive, while pretending to be religiously pious. Completely ignoring the Constitutional Rights of the non-Malays, they go about trying to convince the Malays with their gross untruths, and begging them to help defend the nation from going to the dogs. But the moderate Malays find such injustice hard to swallow.
Non-Muslims and non-Malays praise moderate PAS
PAS, a political party in the Pakatan Rakyat coalition, is a shining example of moderate Islam.
PAS leaders continue to espouse their struggle to uphold the sanctity of Islam, as well as to protect Malaysians of all races regardless of their faiths. Refusing to be racially biased, which is wrong in Islam, PAS is regarded by many Malays with respect.
This poses a big headache for UMNO as PAS seems to be the opposite of what UMNO represents. PAS continues to fend off the unfair abuses hurled at the non-Muslims and non-Malays by UMNO, while holding on to their struggle for a just and caring Islamic state that does not discriminate against other religions.
PAS' extremist and fundamentalist tag so unfairly pinned on it by UMNO no longers frightens the nation. Instead, the non-Muslims and non-Malays see in PAS an umbrella, a champion for justice against the cruel oppression of UMNO. Today, PAS is the biggest stumbling block to UMNO’s future plans, which are about to disintegrate.
Together with DAP and PKR, PAS will be a blessing for this country. If the Pakatan coalition goes on to rule this nation, PAS can count on its partners for support and advice and together they can govern Malaysia with wisdom and integrity.
Sadly, the Barisan Nasional has not learnt its lesson after its trouncing in the last GE. It has not acknowledged its mistakes, nor has it repented. It is still a big bully, stubborn and deaf to the wishes of the people and it is still taking the people for granted. It is time to call their bluff.
After all, if Pakatan Rakyat misbehaves, Malaysians can still return the mandate to the BN in five years' time. Looking back to the last GE in 2008, BN managed to scrape through because of the non-Malay vote.
It will be interesting to see if Sabah and Sarawak will continue to support BN this time around. Unable to regain support from the non-Malay electorate, it will be up to the Bumiputras in East Malaysia to decide the BN’s fate. A sad indictment on Prime Minister Najib Razak, who is also president of UMNO.
Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.
“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.
“Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.
“Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.
“Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif elektrik,” katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.
Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi membekalkan tenaga itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri.
Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB yang hanya membekalkan 40 peratus.
“Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar.
“Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga.
“Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat yang tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan,” katanya.
Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik.
Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB.
Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar.
Bermula dengan retorik slogan bersih, cekap dan amanah dahulu. Akhirnya bersihnya berkurangan , cekapnya tiada dan jauh sekali beramanah. Zaman slogan ini lah pelacuran terhadap semua institusi demokrasi berleluasa dan di zaman ini jugalah korupsi dan sifat tidak amanah itu mula hidup subur. Akhirnya zaman slogan ini berkumandang inilah segala budaya negatif dalam politik dan kerajaan menjadi masalah kepada negara dan kita sekarang sedang berperang mulut di atas isu-isu ini.
Sejak dari saat itu semuanya telah hilang dari kawalan seolah-olah kereta dipandu hilang kawalan sehinggakan terjunam ke dalam gaung yang dalam dan tidak tahu bila boleh keluar dari kejatuhan yang begitu dalam itu.
Apabila seorang lagi pemimpin datang dia minta pula semua orang bekerja bersama beliau dan jangan bekerja untuk beliau. Akhirnya kerja pun tak ada untuk kita bekerja dengannya sampailah beliau meletakan jawatan.
Datang pula seorang pemimpin yang lain dengan slogan 1 Malaysia. Entah mana letaknya 1Malaysia itu kita pun tak tahu. Satu Malaysia tak faham sehinggakan Dr Mahathir sendiri mengaku tidak faham. Slogan hanya tinggal slogan. Masih lagi sekolah Cina naik macam cendawan tumbuh. Setahu saya jika benar untuk menjayakan 1Malaysia ianya mesti bermula dari sekolah dengan hanya mengadakan satu jenis sekolah sahaja seperti di Indonesia dan Thailand misalnya. Saya tidak menerima slogan ini kerana saya bersetuju dengan adanya sekolah yang berbagai di dalam negara ini.
Lain yang dislogankan lain pula yang dibuatnya. Ini semua membuatkan orang tertanya-tanya, mana dia 1Malaysia itu. Maka ini satu slogan yang lain. Kita akan menyanyikan slogan yang berlainan mengikut siapa yang memimpin. Tidak ada dasar yang kekal untuk rakyat melaksanakannya. Dulu tidak ada slogan-slogan canggih tetapi tidak pula ada banyak masalah yang membebankan rakyat. Seingat saya hanya satu slogan yang amat berjaya di dalam sejarah negara, iaitu slogan Muhibbah. Tetapi slogan itu telah dibiarkan begitu sahaja kerana tidak secucuk dengan pimpinan Dr Mahathir itu.
Lepas pimpinan Najib ini tidak tahu slogan apa pula yang akan dinyanyikan media letronik kerajaan. Akhirnya kita kenyang dengan slogan. Dalam pada itu sahajalah rakyat dikelirukan semata-mata kerana hendak meletakan jenama kepada kepimpinan yang memimpin waktu itu. Sekarang kita boleh mengagak mana pemimpin yang akan berjaya atau mana pemimpin yang akan gagal semasa awal-awal pemerintahannya. Jika pemimpin itu bermula dengan slogan yang canggih-canggih, kita boleh membuat penialaian awal yang ‘conclusive’. Pemimpin itu akan gagal dan dia akan terus-terusan beretorik kosong.
Slogan-slogan sekarang ini ibarat lagu pop yang hanya popular sementara sahaja. 1Malaysia kata orang 1Malaysia kata kita. Hasilnya entah di mana. Yang sesuai dengan kehendak negara masih lagi slogan Muhibbah sebenarnya. Slogan ini amat penting kerana rakyat tidak lagi hidup dalam muhibbah samada intra kaum mahu pun inter kaum.
Dalam perpecahan rakyat yang mendapat keuntungan dan labanya ialah pemimpin yang lemah yang disaluti dengan imej rasuah dan imej-imej yang tidak keruan. Ramai orang yang menyampah kerana saya tidak berhenti bercakap tentang rasuah. Mereka kata mereka sudah jemu dengan isu itu.
Kepada mereka yang memberikan pendapat itu, saya ada jawapannya. Perasaan jemu saudara itu merupakan perasaan yang ‘mutual’ dengan perasaan saya sendiri. Mereka jemu kerana saya tidak berhenti menulis tentang isu rasuah, saya pula jemu kerana ramai pemimpin yang tidak berhenti melakukan rasuah itu.
Isu yang terkini, iaitu isu tanah lapangan terbang tentera udara Sg Besi merupakan satu lagi yang akan menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Semua orang tahu apa yang sedang berlaku di dalam kes ini dan siapa yang mendapat laba besar dengan pemindahan lapangan terbang ini ke Sendayan Negri Sembilan. Segala khabar angin tentangnya dahulu sudah menjadi kenyataan.
Satu lagi khabar angin yang akan menjadi kenyataan ialah tentang harga tanah yang bakal dibayar oleh 1Malaysia Development kepada kerajaan. Blog ini tidak payah bersusah payah memberitahu apa-apa lagi. Semuanya akan terbongkar dan menjadi pengetahuan umum.
Apa pula alasan yang akan diberikan oleh penyokong membuta tuli terhadap pimpinan yang hangat dipersoalkan rakyat ini. Yang rakyat persoalkan ialah moral yang menyelubungi projek pembangunan yang akan dilakukan oleh 1 Malaysia Development ini.
Kita diminta menyokong segala kerja yang tidak mempunyai moral ini. Kita tidak faham kenapa ada setengah orang yang tidak boleh nampak tanah rakyat yang kosong. Apabila nampak sahaja tanah kosong mereka akan menjadi seperti anjing nampak tulang ... air liornya melelih tidak dapat dikawal.
Nasib baik mereka ini tidak jadi pemimpin Saudi Arabia. Kalau mereka menjadi pemimpin Saudi Arabia tidak terkejut kalau Ka’abah pun dialihnya. Kerana apa? Kerana ‘fulus’. Ada ‘fulus’ semua boleh lulu
BN Negeri Sembilan lebih diingati kerana dapat menghalang penguasaan Pakatan Rakyat ke negeri-negeri di selatan tanahair. Namun begitu, buat pertama kali, BN gagal meraih majoriti dua pertiga dalam sidang Dun. Ini merupakan satu rekod. Sebelum ini, wilayah selatan boleh diumpamakan sebagai “simpanan tetap” buat Umno.
Dalam pilihan raya umum ke-12, DAP menang semua kerusi Dun ditandinginya, kecuali satu. Kerusi berkenaan adalah Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Lukut, Repah dan Senawang. Calonnya hanya tewas di Chennah. Manakala KeADILan, yang diperuntukkan 12 kerusi, mencipta kejutan di Sikamat, Ampangan, Chuah dan Port Dickson.
PAS melakar sejarah di Paroi, meskipun diberi kepercayaan bertanding kerusi Dun paling banyak iaitu 13 kerusi. Congak atas kertas agak menarik. Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, berdasarkan trend pengundian masyarakat Melayu, khususnya di kampung dan penempatan Felda, impian itu berdepan cabaran yang cukup sengit.
Kecenderungan ini merata sifatnya, bukan sekadar di Negeri Sembilan, malah di negeri-negeri lain juga. Strategi Umno memang mahu mengekalkan majoriti masyarakat Melayu di kampung-kampung dalam keadaan daif, dihimpit masalah ekonomi, bergantung dengan kerajaan, tidak terdedah dengan maklumat, manakala golongan yang berpendidikan tinggi akan meninggalkan kampung.
Sesungguhnya proses perbandaran dan pembesaran kelas menengah, yang seringkali dikaitkan dengan gelombang pendemokrasian, begitu menggerunkan Umno-BN. Perhatikan saja dalam kes Negeri Sembilan, hampir semua kerusi bandar dan pinggir bandar dikuasai Pakatan.
Begitu juga di Selangor. Umno hanya boleh bertahan di kawasan luar bandar (itu pun dengan majoriti cukup kecil, misalnya di Sungai Air Tawar dan Sabak) dan MCA tinggal satu kerusi di Sungai Pelek, Sepang.
Mungkin dengan strategi memperlambatkan proses pembangunan di kampung-kampung membuatkan Umno terus berjaya “menjajah” minda pengundi, selain memaksa anak-anak muda yang semakin celik politik berhijrah ke pekan.
Namun begitu, taktik ini tidak mampu bertahan lama. Lambat-laun kesedaran tentang hak dan kewajipan itu akan merata dan menerobos ke seluruh pelosok negeri, sekali gus menyanggah mitos lama tentang kepalsuan “keramatnya” Umno.
Generasi yang berpendidikan dan memiliki tahap ekonomi lebih baik, meskipun tidak lagi tinggal bersama ibu bapa di kampung, akan mempengaruhi keluarga dan memudahkan perubahan berlaku.
Soalnya, apakah peranan aktivis parti khususnya pendokong PAS, bagi mempercepatkan proses peralihan kerajaan itu? Masakan kita hanya menunggu untuk meraih laba, dengan mengharapkan kitaran itu berlaku secara semulajadi?
Dan harus diingat, strategis dan aktivis Umno tidak akan duduk diam menunggu takdir. Di samping taktik kotor jangka pendek seperti memanipulasi senarai daftar pemilih, maka sentimen, psikologi dan emosi pengundi khususnya masyarakat Melayu akan “dipermainkan”, selain tradisi politik wang yang menjadi nadi kempen Umno-BN.
Jika Umno mahu orang Melayu terus terkurung dengan “kejahilan” dan “ketergantungan”, seharusnya PAS mempunyai misi dan visi jelas tentang “pencerahan” atau “politik baru”.
“Parti Islam tidak harus membeku pada takuk lama, sebaliknya harus berada di tengah gelanggang, arif tentang budaya setempat, apatah di Negeri Sembilan yang mempunyai keunikan tersendiri, menjadi penggerak di medan dan penyelesai konflik. Biar nampak sosok yang matang dan penampilan yang dihormati,” ujar seorang pemerhati politik.
“Dakwah memang tunjang pendekatan politik PAS tetapi jangan berlegar dalam isu-isu titik-bengik dan dan membazirkan masa dengan problem dalaman sehingga meminggirkan gelodak jiwa rakyat yang perlu disantuni dan didekati,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, saya perhatikan seolah-olah ada persamaan menarik di antara PAS Negeri Sembilan dan PAS Perak (yang juga saya kunjungi tidak lama dulu). Berdasarkan perbualan dengan Zulkefley dan sebelumnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairudin Abd Malik, hubungan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan di kedua-dua negeri itu cukup erat.
Persefahaman yang terbentuk bukan sahaja di peringkat parti tetapi melibatkan personaliti utama kepemimpinan tertinggi. Mungkin jalinan baik itu dibantu oleh penglibatan lebih awal dalam isu-isu kemasyarakatan, khususnya membabitkan pemimpin PAS dan DAP negeri semasa mereka bergerak dalam NGO.
II. Melayu dibelenggu propaganda
Apakah benar bahawa masalah politik orang Melayu lebih kepada kesukaran untuk mempengaruhi persepsi mereka, yang dipegang atau diwarisi sejak lama, dan bukannya berkisar kepada halangan untuk mendapatkan maklumat ataupun informasi terkini?
Benarkah pengundi Melayu sudah cukup dibekalkan dengan segala fakta dan data tentang realiti politik Malaysia yang rencam ini? Ada pendapat yang mengatakan, bukannya mereka jahil sangat tentang seribu satu penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi pemimpin Umno. Malah mereka juga arif tentang kebobrokan akhlak dan gaya hidup pemimpin yang menyimpang daripada tuntutan Islam.
Tanpa mengetepikan hakikat bahawa masih ada sekelompok orang Melayu yang terus “ditawan” oleh akhbar Utusan Malaysia dan siaran propaganda RTM dan TV3 — dan ini juga memerlukan penekunan tersendiri untuk memecahkan kepompong itu — tetapi apa yang lebih urgent adalah memastikan persepsi atau tanggapan mereka tentang real politik dipandu oleh kesedaran mendalam dan maklumat yang kemaskini.
Timbunan informasi kadangkala membingungkan juga, atau ia sekadar memaparkan fakta dan statistik tanpa berupaya membentuk “gelombang” atau membangkitkan “sentimen”. Misalnya, pengundi Melayu-Melanau dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu tentunya turut menyedari gumpalan skandal kewangan dan aksi kezaliman regim Taib Mahmud, sepertimana dirasai pengundi Tionghua, tetapi reaksi mereka begitu berbeza, ‘kan?
Begitu juga, misalnya, ketika Melaka pernah heboh dengan dakwaan skandal seks Ketua Menterinya yang dikaitkan dengan gadis bawah umur, selain senarai panjang penyelewengan yang didedahkan Lim Guan Eng (sehingga akhirnya pemimpin DAP itu dipenjarakan), apakah rakyat negeri berkenaan, terutama orang Melayu seolah-olah berada dalam kubu yang tidak ditembusi sebarang maklumat mengenainya?
Pendekatan tentang kelakuan mengundi di Malaysia pernah dibincangkan oleh Ghazali Mayudin (2006), bekas Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengutarakan tiga pendekatan, iaitu sosiologikal, identifikasi parti dan pilihan rasional.
Pendekatan sosiologikal menekankan bahawa status sosioekonomi (pendidikan, pendapatan dan kelas), agama, etnik dan tempat tinggal (bandar dan luar bandar) mempunyai kaitan yang rapat dengan pilihan pengundi.
Identifikasi parti pula merujuk kepada ikatan dan kesetiaan kepada sesuatu parti dan atas dasar inilah maka sesuatu parti itu dipilih dalam pilihan raya. Kesetiaan itu pula melalui proses sosialisasi politik iaitu proses yang menurunkan dan menanamkan nilai dan norma daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Oleh kerana adanya penurunan nilai itu, maka terdapat kecenderungan parti yang disokong oleh anak adalah sama dengan parti ibu bapa mereka.
Pendekatan ketiga ialah pendekatan pilihan rasional yang mengandaikan pengundi bertindak secara rasional semasa membuat keputusan untuk keluar mengundi dan semasa membuat pilihan ketika mengundi. Pengundi akan bertindak secara rasional dengan memilih calon atau parti yang sesuai dengan kehendaknya dan dijangka akan memberi faedah atau kepentingan kepadanya.
Saya percaya, pengundi di Malaysia semakin matang untuk membuat pilihan secara rasional. Masalahnya, kadang-kadang sentimen dan emosi dapat mengalahkan pilihan rasional, meskipun profil pengundi kian sofistikated dan berilmu. Ya, dalam politik, kebenaran bisa sahaja “ditewaskan” oleh persepsi. Percaturannya tidak semudah “1+1=2”.
Apa pun, kebenaran dan hujah rasional jika dibentangkan secara bijaksana, berhemah serta dapat menawan imiginasi, akhirnya akan membentuk satu persepsi yang lebih mantap dan “bertahan lama”. — harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment